Followers

Facebook Page

Translate This Blog

Blog Hits

Friday, May 13, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Pertama (Muhammad Irfan)

Assalamualaikum. Hari ni hari ke-39 berpantang. Sebelum sindrom lupa mak-mak datang, lebih baik aku cepat kongsikan pengalaman bersalin anak pertama.

Isnin 4 April 2016 (kandungan berusia 37 minggu 1 hari)

Pagi ni aku ada appointment dgn doc pakar pada jam 10.30 pagi. En. Husben ambik cuti dan temankan aku. Proses semua macam biasa. Ambik darah HB, check BP, urine, timbang berat (berat dah naik 60.4 kg) dll sebelum masuk jumpa doc.

Sekali doc lelaki. Tak pernah lagi sepanjang check up dgn doc lelaki. Doc interview sikit. Lepas tu aku bertanya pasal sakit pinggang sebelah kanan. Doc cakap tu saraf tu. Tak ada apa nak dirisaukan katanya. Masuk bilik ultrasound, doc check semua katanya baby okay dan kepala baby dah engaged. Doc suruh aku bersedia untuk bersalin bila2 masa sahaja.

Aku gembira dengar doc cakap semua okay. Appointment harini cepat je habis. Jadi kami pergi makan dulu.

Kemudian, aku terus pergi kerja macam biasa. Masih seperti selalu bersemangat dan berjalan laju walaupun perut dah maju ke hadapan. Banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum aku mula cuti bersalin selama 3 bulan yang melibatkan individu lain. Ramai kawan-kawan suruh standby nak bersalin pada minggu ke-36. Aku pun cuak risau kalau-kalau kerja tak sempat siap terutamanya untuk guru yang mengganti aku sepanjang bercuti.

Aku masuk kelas seperti biasa. Aku ada 6 waktu harini. Memang turun naik tangga menjadi kebiasaanku. Mula-mula lepas perhimpunan rasmi, aku masuk kelas selama 2 waktu yang jaraknya paling hujung daripada bilik guru. Aku mohon duduk daripada anak murid. Tak tahu kenapa rasa macam berat je perut ni. Lepas bunyi loceng, aku menapak naik tangga ke kelas lain 2 waktu juga. Aku duduk juga. Tak larat rasanya. Kemudian 2 waktu akhir menapak lagi naik tangga.

Selasa 5 April 2016 (kandungan berusia 37 minggu 2 hari)

Balik rumah, macam biasa lepas mandi, solat dan makan, aku sambung buat kerja. Aku sempat siapkan akaun PIBG sampai jam 1 pagi. Masuk bilik untuk tidur. Baru beberapa saat baring atas katil, tiba-tiba terdengar bunyi "pop". Air keluar. Aku bergegas ke bilik air, dan nampak air jernih menitik. Cepat2 aku panggil en. Husben yg tengah syok layan TV. Aku cakap,

"Air ketuban dah pecah ni".

Aku terus pakai pad. Capai beberapa barang lagi utk dibawa ke hospital. Beg hospital memang dah lama standby dalam kereta.

Malam hujan gerimis. En. Husben memandu ke hospital Putrajaya. Kami berdoa dalam hati moga ada tempat utk aku di sana. Aku dan en. Husben berasa risau juga sebab ini kali pertama. Aku dapat rasakan air ketuban mengalir lagi. Mengalir kejap2. Terasa panas. Aku sempat cakap dgn en. Husben,

"Rasanya kita ni akan disuruh balik rumah dulu kot".

Aku bayangkan aku sempat nak pergi pekena teh tarik mamak dulu ke apa ke sebelum bersalin. Tapi aku sempat Google, apa yang akan terjadi bila air ketuban pecah. Melalui info yang aku jumpa, katanya bila ketuban dah pecah maksudnya dah hampir sangat dgn waktu bersalin. Doc akan tahan di hosp kerana jangkitan kuman mudah berlaku bila ketuban dah pecah. Whoa.. nak bersalin dah ke ni?

Jam kereta menunjukkan jam 1.30 pagi. Aku mula terasa sakit.. kemudian setiap 10 minit sekali rasa sakit tu datang lagi. Mungkin inilah yg dikatakan contraction. Aku layan contraction dalam kereta. Makin lama rasa makin sakit.

Tiba di hosp Putrajaya, aku mendaftar sementara en. Husben parking kereta. Aku bertanya pada nurse, sama ada masih ada katil tak untuk aku. Nurse jawab ada. Ya Allah... lega rasanya. Aku terus masuk ke bilik pemeriksaan CTG. Masa tu sakit contraction datang setiap 5 minit sekali. Makin sakit. Sempat pula orang sebelah aku ni ajak berborak.

Siap CTG, doc datang dan check jalan. Katanya dah buka 4cm. Wow terkejut la aku. Cepatnya. Lepas tu sibuk doc tu tanya, awak nak ambil epidural tak. Aku cakap taknak.

Doc masukkan ubat berak melalui lubang dubur. Terus aku rasa nak terberak. Lama juga aku duduk dalam toilet tu sampai nurse panggil katanya "Puan jangan lama2 ye". Risau aku terbersalin dalam toilet kot. Sedangkan aku rasa tak puas lagi buang air.

Aku mula rasa menggeletar. Tak tahu kenapa.

Jam 3 pagi.

Aku disuruh berjalan masuk satu bilik lagi. Memang terkedek-kedek aku jalan masa tu sebab sakit. Doc tanya aku ada bawa inhaler tak sebab aku risiko asma. Aku pun minta daripada en. Husben yg tgh menunggu di luar sebab dia pegang handbag aku.

Masuk je bilik tu, aku disuruh tukar baju. Lepas tu aku tanya la.

"Ni labour room ke?"

Nurse jawab,

"Ye puan. Puan dah nak bersalin dah ni"

Aku pun rasa berdebar. Macam mana aku boleh tak sempat study pasal ni.

Aku ditanya sekali lagi sama ada nak ambil epidural atau tak. Aku jawab tak, tapi nak ambil ubat tahan sakit. Maka ubat tahan sakit (apetah namanya) di inject di punggung. Contraction makin sakit. En. Husben temankan aku. Tapi dia duduk je kat tepi aku. Bila sakit datang, aku pun sedut gas. Rupanya2 walaupun ambik ubat tahan sakit, masih berasa sakit.

Aku tanya en. Husben dah bagitahu mak aku, mak dia, abah aku pasal aku nak bersalin ni. Sebab aku tak sempat pegang handphone langsung. Minta maaf dengan semua orang pun tak sempat. Lepas tu aku minta en. Husben bagitahu seorang kawan di tempat kerja untuk maklumkan aku dah mula bercuti.

Doc perempuan masuk labour room dan tanya pada aku,

" Awak belum pecah ketuban lagi kan?"

Aku jawab "dah".

Rupanya pemahaman aku salah. Ketuban belun pecah. Cuma leaking saja. Doc pun masukkan sesuatu dan pecahkan ketuban. Barulah semua air ketuban tu keluar.

Sambil layan contraction, aku muntah 3 kali. Tak tahu kenapa rasa nak muntah. Sambil menggeletar pula tu. Seksanya rasa. Nasib baik en. Husben ada dan sudi melayan aku.

Jam 5 pagi

Sakit makin kerap. Rasa nak terberak. Aku pun cakap dgn en. Husben panggilkan nurse sebab aku rasa nak berak. En. Husben panggil nurse cakap aku nak berak. Rupanya dia tak tahu rasa nak berak tu sebab baby nak keluar dah. Haha.. sabar jelah. Kali pertama rasa nak berak, nurse jawab belum lagi ni. Kali kedua, memang betul aku berak.. nurse bersihkan. Kali ke-3 memang dah tak tahan. Bukaan menunjukkan 7 cm.

Aku dikangkangkan. Ada 3 orang doc praktikal pun tengok2.. geram pula aku rasa. Tapi sebab dah sakit, lantakkan aje. Sekali doc lelaki masuk. Rupanya dialah yang akan menyambut bayiku nanti. Biarlah asalkan selamat. Aku rasa masa tu ada 2 orang doc, 3 org doc praktikal, dan beberapa org nurse. Memang ramai nak menyaksikan/ menyambut kelahiran.

Aku minta nak minum air selusuh yang en. Husben ada buatkan utk aku. Tapi aku minum seteguk dua je sebab dah sakit. Rugi je sebotol mineral tu.

Kemudian bermulalah meneran. Bila rasa nak berak je, aku pun meneran. Mereka bagi galakan. Bagus puan. Macam tu lah nak meneran. Sikit lagi puan. Dan sebagainya.

Sepanjang proses, aku dengar perbualan mereka. Katanya tak boleh gunting (episiotomy) sebab swollen (bengkak). Biarkan natural. Lagipun baby kecil je. Kata doc.

Jam 6.52 pagi

Bayi lelaki selamat dilahirkan dengan berat 2.79 kg, panjang 50cm, dab ukur lilit kepala 30cm. Nurse letak sekejap baby atas badan aku. Tapi sekejap sangat dan aku pun dah tak larat. Aku tak sempat tengok muka anak aku.

Bermulalah episod menjahit. Lama juga ambil masa untuk menjahit. Doc jahit, lepas tu nurse tegur yang ni bukan kat sini ke. Aduhaii.. aku berserah je. Lepas tu nurse buka dan jahit semula. Kira2 jam 9 pagi baru habis rasanya. Aku pun tak perasan.

Kemudian baby dibawa masuk ke labour room. Nurse suruh aku susukan. Perkataan pertama yang keluar kepada baby ialah "Assalamualaikum". Nurse suruh en. Husben azankan, tapi tak sempat.

Ibu dan baby pun dimasukkan ke dalam wad. Barulah En. Husben azankan. Sepanjang berada di hosp Putrajaya, aku boleh katakan aku berpuas hati dgn layanan mereka. So lepas ni kalau ada rezeki, nak bersalin di hosp Putrajaya lagi. Hosp paling dekat dgn rumah.

Alhamdulillah...proses bersalin dipermudahkan dan sakit tak lama. Aku percaya atas kekuatan doa2 insan yang menyayangi aku, terutamanya suami, mak aku, mak mertua, kaluarga dan kawan2. Tak tahu doa siapa yang termakbul hingga urusan aku dipermudahkan.

Bila rasa mudah macam ni, aku rasa tak kisah nak bersalin lagi. Sampai ke saat ni, aku rindu waktu mengandung. Rasa macam sekejap je mengandungkan anugerah Allah kepada kami, Muhammad Irfan yang bermaksud kebijaksanaan, kesyukuran dan pengetahuan.

Monday, August 3, 2015

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum wbt.

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca. Maaf lama rasanya tak ke udara. Pejam celik pejam celik, dah raya dah. Lamanya tak menaip! Tahun 2014 berapa keping post je alahai... Masalah aku adalah INTERNET! Dulu guna Celcom. Lepas dia buat hal, asyik tak dapat coverage, tukar pula kepada Maxis Wifi. Tapi sama juga... Macam siput. Tengah tahun ni tukar lagi kepada Unifi pula. Kebetulan Unifi buat promo rumah ke rumah untuk pasang kabel. Sangat puas hati! Hari-hari boleh online. Kihkih... Memang kawasan perumahan aku ni susah sikit nak dapat line sebab kawasan baru. Gitulah kisahnya. Banyak cerita tahun 2014 yang tak dapat dipaparkan. In Sha Allah lepas ni kalau ada masa, adalah post nya ya. Aku tahu ada yang membaca dan masih mahu mengikuti perkembangan aku. Gittew... *perasan retiss

Ok bye. Muah ciked.

Sunday, June 15, 2014

Cuti Dah Habis!


Hai dan Assalamualaikum semuaaa...

Wahhha lamanya tak update. Maaf sesangat kepada pembaca yang tertunggu-tunggu cerita terbaru dari blog ni. Memang kesuntukan masa betullah tahun ni. Yelah sebab bekerja di tempat baru. Pegang banyak jawatan pula tu! Meeting sana, meeting sini. Tak sempat nak mengarang ayat di sini. hehehhe..

Cuti 19 hari dah berbaki separuh hari je ni. Esok dah mula kerja balik. Huwaaa!! Memang tak banyak benda yang aku buat dalam masa cuti ni. Nak bercuti pun tak sempat. 

Awal-awal cuti haritu, en. husben ada final exam. So kena tunggu dia nak study lah katakan. Lepas tu terus balik kampung di Perak dan stay di sana tiga hari dua malam sebab nak menjalani rawatan tradisional. Apetu? Ahaa.. berurut la. Dah lama janji dengan nenek saudara aku tu nak datang berurut. Kami memang kena tunggu cuti dulu sebabnya kena berurut 3 hari berturut-turut.

Lepas tu aku sempat pergi photoshoot tudung untuk koleksi raya butik La NIAR. Dah lama Ayu (owner La NIAR) ajak aku photoshoot, tapi baru cuti ni sempat pergi.

ini Ayu, owner butik La Niar. Tudung yang aku pakai tu tudung La NIAR.
Cantik sangat tudung bawal tu!

Next, balik rumah mak di Klang. Patah balik ke Perak untuk menghadiri kenduri saudara. Lepas tu balik semula ke Sepang sebab en. husben dapat tiket ke Superbike World Championship 2014 di Litar Sepang (sebelah rumah je pun tak pernah pergi). Hari yang sama terus ke KLIA2. Jalan-jalan sambil tengok-tengok apa yang ada dalam tu.


tiket SBK. Dah lama nak ke Litar Sepang, baru ni dapat pergi.


ok ni motor idaman I. Harley Davidson. hehehhhe

Disebabkan aku salah seorang ahli Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) yang akan bertanding membawa nama sekolah pada bulan Oktober nanti di Konvensyen KIK, makanya meeting pun ada masa cuti ni weh. Dok bertapa dari pagi ke petang untuk bincang mengenai projek. Sepatutnya meeting dua kali, tapi satu kali tu ditangguhkan. Alhamdulillah.. he he..

Dan yang terakhir, balik rumah abah di Johor. Sempat pergi spend masa makan-makan dengan mertua. Itu je. Tak banyak yang dapat buat. Planning bercuti pun tak berjaya dilaksanakan. Terpaksa ditangguhkan ke hujung tahun nampaknya. Tapi hujung tahun kena jadi Ketua Pengawas SPM pulak ke? Allah.. tambah stress aku.

Maaf entry kali ni kurang menarik. Oklah. Nanti kalau ada cerita best, aku share untuk uolss ok.

Okbai. =)


p/s: Sumber gambar dari Instagram (http://instagram.com/alyasyaqiera). Nak tengok lebih lagi, boleh follow InstagramFollow reramai ok!


Thursday, May 15, 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...